JAKARTA – Sebuah video akad nikah membabitkan satu pasangan dari Indonesia tular di media sosial apabila pengantin lelaki berasa gugup dan tersalah sebut lafaz akad dalam bahasa Arab.
Rakaman video yang dimuat naik ke akaun TikTok @sjgirlz.1709 itu telah ditonton hampir 800,000 kali sejak hujung minggu lalu, demikian menurut lapor protal Suara.com semalam.
Klip video itu menunjukkan seorang pengantin lelaki yang kelihatan bersiap sedia untuk melafazkan akad dalam bahasa Arab mengikut jurunikahnya.
Sunggupun begitu, lelaki itu mula gugup sehingga mengeluarkan kata-kata dalam bahasa Arab yang lazimnya digunakan semasa mengakhiri doa pada bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
‘Taqaballahu minna wa minkum’ yang membawa maksud semoga Allah menerima puasa dan amal kami beserta puasa dan amal kalian,” demikian lafaz pengantin lelaki itu di hadapan jurunikah.
Jawapan pengantin lelaki itu menyebabkan ramai netizen meninggalkan komen usikan dan tidak kurang juga mempersoalkan lafaz akad yang boleh dibuat dalam bahasa Indonesia.
“Kenapa perlu menggunakan bahasa Arab jika tidak begitu fasih. Kasihan pengantin sudah dimalukan,” tulis seorang pengguna media sosial.
“Niat di hati mahu kelihatan hebat tetapi akhirnya dalam fikiran teringat Hari Raya,” komen seorang lagi. – Agensi