fbpx

Penduduk Temalir putus hubungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jambatan yang merentasi Sungai Temalir lenyap dibawa arus deras menyebabkan penduduk kampung terputus hubungan.

KUALA KRAI – Jambatan Temalir di sini yang menjadi nadi perhubungan lebih 100 penduduk lenyap dihanyut arus deras banjir awal pagi tadi.

Kejadian itu disedari penduduk apabila jambatan yang merentangi Sungai Temalir itu hilang daripada pandangan mata.

Situasi itu menyebabkan penduduk di kampung berkenaan terputus hubungan apabila tidak dapat keluar untuk mendapatkan bekalan makanan.

Seorang penduduk, Sabariah Che Kub,53, berkata, hujan lebat sejak Selasa lalu itu telah menyebabkan paras air Sungai Temalir naik dengan cepat.

Menurutnya, bukan itu sahaja ia turut membawa arus deras yang melalui sungai berkenaan.

“Terdapat laluan altenatif untuk keluar kampung, namun ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan jenis pacuan empat roda sahaja.

“Bagi penduduk yang tiada kenderaan itu, agak sukar untuk mereka keluar,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sabariah memberitahu, keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan penduduk takut untuk menggunakan laluan tersebut kerana ia berisiko mengancam nyawa mereka.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI