fbpx

Peluang Tottenham tamatkan kemarau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEUNG-MIN (kanan) terus membuktikan ketajamannya apabila meledak satu gol ketika mereka menundukkan Brentford 2-0 pada aksi separuh akhir Piala Liga Inggeris awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Tottenham hanya selangkah lagi untuk menamatkan penantian 13 tahun memenangi kejuaraan pertama sejak 2008 selepas berjaya melangkah ke pentas final Piala Liga England musim ini.

Kejayaan itu hadir selepas Spurs mencatat kemenangan 2-0 ke atas pasukan dari Liga Kejua­raan England, Brentford pada aksi separuh akhir Piala Liga England di Stadium Tottenham Hotspur awal pagi semalam.

Pengurus Spurs, Jose Mou­rinho menjelaskan, semangat juang dan keinginan tinggi anak-anak buahnya untuk menjulang trofi merupakan kunci kejayaan mereka berjaya melangkah ke ­final.

“Tiada rahsia kejayaan tetapi keinginan pemain dan menta­liti kemenangan mereka cukup tinggi. Sejak saya tiba di sini, saya melihat semua bersatu untuk memastikan kejayaan berjaya diraih oleh pasukan ini.

“Salah satu faktor lain ialah pemain tidak sesekali memandang rendah kemampuan pasukan lawan walaupun mereka beraksi dalam saingan liga bawahan.

“Jadi, saya harap mereka me­nunjukkan persembahan sama dan cuba melangkah ke pusingan seterusnya untuk saingan Piala FA menentang Marine AFC pada Isnin ini,” katanya.

Dua gol Spurs dalam perlawanan awal pagi semalam diperoleh menerusi jaringan Moussa Sissoko dan Son Heung-min masing-masing pada minit ke-12 serta 70.

Spurs bakal menanti pemenang satu lagi pertembungan separuh akhir antara Manchester United dan Manchester City dalam aksi final Piala Liga England di Stadium Wembley pada 25 April depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI