fbpx

Pejuang kemuka rayuan permohonan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Dr. Mahathir Mohamad.

PUTRAJAYA – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan mengemukakan rayuan permohonan pendaftaran kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin esok.

Pengasasnya, Tun. Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya akan mengikut segala peraturan dan undang-undang dalam mengemukakan rayuan permohonan tersebut.

“Sekarang ini, (kita) boleh buat rayuan kepada menteri dan ia akan mengikut undang-undang.

“(Rayuan akan dikemukakan) secepat mungkin, esok,” katanya pada sidang akhbarnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Sementara itu, Mahathir mempersoalkan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) merujuk permohonan pendaftaran Pejuang kepada menteri berkenaan.

Beliau berkata, mengikut undang-undang, RoS berhak melulus atau menolak sesuatu permohonan tanpa melibatkan campur tangan menteri terbabit.

“Walaupun semua (permohonan) baik, RoS kata kena rujuk menteri.

“Ini bermakna proses pentadbiran menjadi perkara yang dipolitikkan. Ia melebihi peraturan dan udang-undang. Kenapa kena rujuk menteri? Ia bukanlah diwajibkan mengikut undang-undnag,” katanya.

Pada masa sama, Mahathir mendakwa turut keputusan RoS menolak pendaftaran Pejuang dipengaruhi arahan daripada menteri tersebut.

“Setelah kita pergi ke mahkamah, RoS buat keputusan dan tentulah keputusan ini daripada menteri.

“Sebelum ini, RoS kata tiada apa-apa masalah dan kita semak pun tiada masalah, tetapi hari ini diberikan alasan kononnya Pejuang tidak memenuhi pelbagai syarat dan permohonan kita ditolak,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Pejuang yang dipimpin Mahathir gagal dalam permohonannya untuk didaftarkan sebagai parti politik selepas RoS menolak permohonannya lewat petang semalam.

Perkara itu dimaklumkan peguam Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili Pejuang ketika ditemui selepas prosiding dalam kamar di hadapan Hakim Datuk Seri Mariana Yahya di Mahkamah Tinggi hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI