fbpx

Ozil adakan rundingan sertai DC United di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OZIL perlu meninggalkan Arsenal untuk menyelamatkan karier dan MLS mungkin menjadi destinasi baharunya. - AFP

LONDON – Pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil dilaporkan sedang mengadakan rundi­ngan bersama pasukan daripada Liga Bola Sepak Major (MLS) Amerika Syarikat (AS), DC Uni­ted.

Ozil sedang mempertimbangkan tawaran berkenaan apabila DC United dikatakan mengemukakan pakej terma­suk mengembangkan jenama M10 milik pemain itu di seluruh Amerika Syarikat.

Bintang Jerman itu tersisih daripada skuad Arsenal apabila namanya tidak didaftarkan untuk aksi bersama The Gunners sepanjang separuh musim pertama dan diarahkan untuk tidak menyertai sesi latihan bersama skuad utama pasukan itu.

DC United juga dikatakan sanggup bekerjasama mengembangkan jenama Ozil 39 Steps Coffee di stadium mereka serta barangan cenderamata sebagai salah satu terma dalam perjanjian.

Menguatkan lagi khabar angin berkenaan adalah, ejen Ozil, Dr. Erkut Sogut mempunyai hubungan yang baik de­ngan Ketua Pegawai Eksekutif DC United, Sam Porter yang bertanggungjawab membawa Wayne Rooney ke kelab itu.

Arsenal sudah lama berhajat untuk menjual Ozil tetapi pemain itu berkeras untuk kekal di Emirates sehingga kontrak­nya berakhir.

Musim panas lalu, Ozil sekali lagi menolak tawaran Arsenal untuk meminjamkannya ke kelab lain biarpun mereka sanggup untuk membayar 50 peratus gaji yang diterimanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI