fbpx

MUDA dakwa pendaftaran ditolak ROS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Permohonan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk didaftarkan sebagai sebuah parti politik ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Dalam satu kenyataan, pertubuhan itu berkata ia menerima emel yang dihantar kepadanya semalam.

“RoS menyatakan bahawa permohonan telah ditolak dan tiada sebab diberikan.

“Penolakan ini dinyatakan selepas hampir empat bulan MUDA menghantar permohonan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MUDA mendakwa penolakan itu merupakan usaha jahat kerajaan Perikatan Nasional untuk menghalang MUDA daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Menurut mereka, langkah itu melanggar hak berpelembagaan MUDA untuk membentuk persatuan.

Dakwa mereka, penolakan itu datang sehari selepas pembongkaran skandal keluarga Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajudin Rahman berkaitan projek Aliran Transit Ringan (LRT) Dang Wangi.

“MUDA akan mempertimbangkan segala pilihan yang sedia ada termasuk tindakan mahkamah,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI