fbpx

Menangis selepas terlepas hukuman mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Amiruddin Mazlan (tengah) bersama peguam, S.Retinakumar (kiri)ketika di temui di luar Mahkamah Tinggi Pulau Pinang selepas dibebaskan daripada hukuman mati.

GEORGE TOWN – Seorang penganggur terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah pada Oktober 2018.

Tertuduh, Mohd. Amiruddin Mazlan, 31, kelihatan mengalirkan air mata dan menadah tangan tanda kesyukuran selepas mendengar keputusan itu oleh Hakim Mohd. Radzi Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak itu didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 18.9 gram di tepi Jalan Lintang Merah, Sungai Nibong di sini pada pukul 10.45 malam, 23 Oktober 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan atau penjara seumur hidup dan dikenakan 15 kali sebatan.

Mohd. Radzi ketika memberikan keputusan itu berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.- K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI