GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Chow Kon Yeow hari ini menerima kereta rasmi baharu jenis Mercedes S560e model tahun 2019 berharga kira-kira RM458,000.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata, kereta berkenaan dibeli pada 31 Disember lalu bagi menggantikan kereta rasmi sedia ada iaitu Mercedes S300L yang dibeli pada 2013.
Menurut kenyataan itu, pembelian kereta berwarna kelabu pada harga RM458,122.78 tersebut telah mendapat kelulusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada 29 November 2019.
Kenyataan itu berkata, kerajaan memperoleh penjimatan daripada harga asal sebanyak RM127,765.22 bagi pembelian kereta baharu berkenaan. – K! ONLINE