fbpx

‘Kami kahwin sah, ada surat nikah – Loca B

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Loca B dan Tuju

SHAH ALAM – Mengakui sudah melangsungkan perkahwinan secara sah pada awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan Tuju, penyanyi rap wanita, Loca B tetap tidak mahu memberikan perincian tentang perkahwinannya dengan lelaki tersebut.

Katanya, urusan perkahwinannya tidak perlu dicanang kepada umum kerana baginya, perkara itu hanya keluarga terdekat perlu tahu tentangnya.

“Kami kahwin ketika PKP. Bila, tidak perlu diperincikan. Kalau orang nak tengok surat nikah pun, kami ada kerana kami kahwin secara sah.

“Saya tak selesa untuk berkongsi bila saya dan Tuju kahwin kerana ada masalah berkaitan keluarga. Tentang apa, tidak perlulah saya cerita panjang. Cukup orang yang sudah tahu tentang hal itu sahaja yang tahu,” kata Loca kepada Kosmo! Online pada acara ramah-mesra bersama media Anugerah Juara lagu-35 (AJL35) di sini sebentar tadi.

Kata Loca lagi, lebih baik dia berdiam diri tentang hal peribadi kerana itu lebih baik untuk dirinya dan semua orang.

“Sekarang ini, semua orang sudah tahu saya isteri Tuju dan kami sudah punya anak. Tak perlu nak cerita benda ‘dalam-dalam’ kerana tak penting pun,” ujarnya.

Sekitar November lalu, Loca mendedahkan sudah melahirkan anak hasil perkahwinan dengan Tuju yang dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Bayi lelaki tersebut diberi nama Bintang Aiko.

Loca B sebelum ini sudah mempunyai seorang anak lelaki diberi nama Yusuf Alexander yang berusia 5 tahun hasil perkahwinan terdahulu.

Pada Oktober lalu, anggota kumpulan K-Clique itu mengakui sudah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi rap Loca B namun memilih untuk tidak berkongsi tarikh perkahwinan mereka.

Jelas Tuju, dia lebih selesa untuk menyimpan serta mendiamkan diri daripada bercakap mengenai hal peribadi.

AJL35 bakal berlangsung pada 7 Februari depan dan bersiaran langsung menerusi saluran TV3 – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI