fbpx

Gantian percuma dokumen di JPJ sehingga 15 April depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan inisiatif gantian percuma dokumen lesen kenderaan motor  (LKM),  lesen memandu Malaysia  (LMM) dan sijil pemilikan kenderaan (VOC) bagi membantu mangsa banjir yang kehilangan atau mengalami kerosakan dokumen-dokumen  penting jabatan itu.

JPJ dalam satu kenyataan berkata, inisiatif  itu adalah percuma dan berkuat kuasa serta-merta sehingga 15 April  depan.

“Pemilik  dokumen  perlulah  hadir  sendiri dengan  membawa  dokumen  yang  rosak  untuk  mendapatkan  salinan gantian.

“Bagi  dokumen  yang  musnah  atau  hilang,  pemilik  perlulah membuat  laporan  polis  dan  mengemukakan  laporan  polis  tersebut  sebagai bukti  kehilangan,  bagi  mendapatkan  gantian  dokumen  baru,” katanya hari ini.

JPJ berkata, pihaknya turut melaksanakan mobile  unit  JPJ bagi  memudahkan  masyarakat  setempat  yang  mengalami  impak  banjir.

“Mobile unit JPJ ini akan  ditempatkan  di  kawasan  terpilih  khususnya  di  Pusat Pemindahan  Sementara (PPS).

“Justeru,  penduduk  setempat  boleh  mendapatkan perkhidmatan  JPJ  dengan lebih  dekat,  mudah  dan selamat,” katanya.

Sementara itu, JPJ berkata, pihaknya juga mengambil  pendekatan  untuk  memberi  kelonggaran  dari  segi penguatkuasaan  terhadap  mana-mana  kenderaan  perdagangan  atau individu yang  terlibat  dalam  operasi  menyelamat  dan  membawa  bekalan bantuan kepada mangsa banjir di PPS.

“Selain itu, dalam  menyokong  usaha  kerajaan  menangani  fenomena  banjir,  JPJ  di seluruh  negara  telah  diarahkan  untuk  melaporkan  kesiapsigaan  dalam menghulurkan  bantuan  dalam  bentuk  tenaga atau sumber  manusia  serta gerakan  aset-aset  kenderaan JPJ  jika  bersesuaian,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI