fbpx

Dua bangkai penyu ditemui terdampar di PD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANGKAI penyu jenis karah seberat 60 kilogram yang ditemukan orang awam di Pantai Batu 10, Port Dickson semalam.- Foto Ihsan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan.

PORT DICKSON- Dua bangkai penyu jenis karah dan agar berusia lebih 20 tahun ditemui terdampar di persisiran pantai Telok Kemang, Port Dickson dekat sini.

Penyu jenis agar seberat 120 kilogram dijumpai terdampar Pantai Telok Kemang pada 27 Disember tahun lalu manakala penyu jenis karah seberat 60 kilogram ditemui di Batu 10 semalam.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Halimi Abu Hanip berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan bangkai penyu tersebut.

“Kami mendapati kedua-dua penyu berkenaan sudah mati. Keadaan bangkai sudah reput teruk, namun sebab kematian tidak dapat dipastikan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Halimi, pihaknya merayu kepada mana-mana pihak supaya melindungi reptilia marin terancam tersebut dan menghubungi Jabatan Perikanan secepat mungkin.

“Pihak kami merayu dan menyeru semua pihak untuk bersama-sama melindungi reptilia marin terancam ini khususnya para nelayan sekiranya terdapat penyu tersangkut pada pukat, lepaskanlah segera.

“Sekiranya ada pihak yang menjumpai penyu yang cedera atau menjumpai bangkai penyu juga perlu laporkan segera kepada pihak Jabatan Perikanan,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI