KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai dibunuh di Jalan Wawasan 5/2, Taman Wawasan malam tadi masih belum dibedah siasat berikutan menunggu keputusan ujian Covid-19.
Menurut sumber, mayat tersebut dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.
“Pihak hospital masih menunggu keputusan ujian Covid-19 sebelum melakukan bedah siasat.
“Mayat lelaki berusia 69 tahun itu akan diserahkan kepada keluarga setelah bedah siasat selesai nanti,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Semalam media melaporkan, mayat lelaki warga emas dipercayai dibunuh ditemui dalam but sebuah kereta.
Lelaki berusia 69 tahun dilaporkan hilang sejak enam hari lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – K! ONLINE