fbpx

Alahai, nipisnya baju Puteri Aishah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI AISHAH

Kecoh dalam aplikasi WhatsApp Mizz Lahar baru-baru ini apabila ramai yang memperkatakan tentang kes baju nipis yang dipakai Puteri Aishah.

Baju-T berwarna coklat yang dipakainya baru-baru ini menarik perhatian ramai sehingga ada yang bertindak menyekolahkannya tentang isu aurat.

Mengikut pemerhatian Mizz Lahar, baju tersebut dilihat ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan Puteri Aishah.

Malah, disebabkan terlalu nipis, baju tersebut turut menampakkan bentuk pakaian dalamnya. Apabila sudah mencolok mata sebegitu, memang netizen cepatlah buat kerja.

Apa lagi, ruangan komen dibanjiri dengan nasihat daripada netizen yang pantas bertukar menjadi ustaz dan ustazah online.

Ada juga yang menulis komen sensitif sehingga menyentuh isu tahap keimanan pelakon drama Utusan Cinta Buat Adam itu.

“Nipisnya baju, agaknya iman dia pun lagi nipis kot,” tulis seorang netizen.

“Ciri-ciri wanita akhir zaman, berpakaian tetapi telanjang. Sedih aku tengok orang Melayu bergaya macam mat salih,” luah seorang lagi pengikutnya.

Takut juga baca komen sebab banyak lagi yang menyentuh isu-isu sensitif. Rasanya, netizen pun jika hendak beri nasihat, tolonglah buat menerusi direct message (pesanan terus) kerana lebih tertutup dan beradab.

Apa-apa pun harap perkara tersebut jadi pengajaran kepada semua. Jangan sebab rasa cantik, terus hendak muat naik dalam media sosial.

MIZZ LAHAR: Sedih pula dengar kisah Cik B dan adiknya Kacak tidak mahu tinggal dengan bapanya. Dengarnya kecewa dengan pengalaman lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI