fbpx

393 ingkar PKP ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 393 individu ditahan atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 372 dikenakan kompaun manakala 21 direman.

Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (195), tidak memakai pelitup muka (89), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (70), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (36) dan lain-lain (3),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dua tekong ditahan dalam Ops Benteng semalam. Tujuh buah kenderaan darat turut dirampas dalam operasi tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI