fbpx

150,000 isi rumah bakal nikmati manfaat SAVE 2.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Anuar (tengah) bergambar bersama tetamu kehormat pada Majlis Pelancaran Program 'Suitainable Achieved Energy Effiency 2.0 di Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Putrajaya di sini, hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kira-kira 150,000 isi rumah di seluruh negara bakal menikmati manfaat Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) 2.0 yang bermula bulan ini dengan peruntukan berjumlah RM30 juta.

Menterinya, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, orang awam yang sudah mendapatkan e-rebat sebanyak RM200 bagi program itu sudah boleh membuat pembelian alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga mulai 1 Januari lalu.

Beliau berkata, bagi pembelian barangan secara atas talian, permohonan e-rebat melalui Shopee Malaysia juga telah pun dibuka sejak 1 Januari lalu.

“Manakala e-rebat melalui pembelian secara fizikal boleh dinikmati mulai pada hari ini,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan program Sustainability Achieved via Energy Efficiency (SAVE) 2.0 di sini hari ini.

Shamsul Anuar berkata, Program SAVE 2.0 menyediakan pemberian e-rebat RM200 kepada isi rumah yang membeli alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga bertaraf empat atau lima bintang buatan tempatan atau yang dikilangkan dan mendapat persijilan SIRIM atau setara di Malaysia.

Beliau berkata, rebat itu terhad kepada satu akaun sahaja bagi setiap pembelian penyaman udara atau peti sejuk dalam tahun 2021 atau sehingga kuota habis, yang mana terdahulu.

“Pengguna boleh memohon dan mendapatkan e-rebat melalui dua kaedah iaitu dengan membawa bil elektrik terkini dan membuat pembelian secara fizikal di kedai-kedai elektrik atau pasar raya berdaftar di bawah Program SAVE 2.0 atau memohon e-rebat dan membuat pembelian secara atas talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI