fbpx

TFC, Unisza usahasama bangunkan bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hassan Basri Awang menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Ab. Rasid Jusoh di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

KUALA TERENGGANU – Terengganu FC (TFC) bakal menerima kepakaran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melibatkan bidang seperti sains sukan, kejuruteraan, pemasaran dan perubatan.

Naib Cancelor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, memorandum berkenaan membuktikan komitmen pihaknya dalam mengukuhkan aspek pendidikan dan penyelidikan.

Beliau berkata, Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Pengurusan Perniagaan akan memainkan peranan penting dalam usahasama tersebut.

“Kita sedia membantu TFC melaksanakan pelan strategik ke arah menjadi kelab bola sepak yang berjaya.

“UniSZA akan berkongsi pengkalan data untuk mereka meningkatkan prestasi pemain-pemain serta pengurusan selain perkongsian kepakaran lain,” katanya.

Terdahulu beliau menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab. Rasid Jusoh di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Hadir menyaksikan MoU tersebut Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu.

Hassan Basri berkata, UniSZA juga bukan asing dalam pembangunan sukan malah sudah menjalin kerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) sejak tahun 2016 lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI