fbpx

Saya tidak tahu baju itu dipakai oleh Natasha Hudson – Rizman Ruzaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Natasha Hudson

PETALING JAYA – Menjawab kontroversi busana ‘muslimah seksi’ yang digayakan pelakon, Natasha Hudson semalam, pereka fesyen popular, Rizman Ruzaini terkejut apabila mengetahui koleksi rekaannya itu dipakai selebriti bertudung.

Menurut Rizman, baju berwarna putih dengan gaya terdedah pada bahagian bahu tersebut telah dibeli seseorang yang tidak diketahui identitinya menerusi online sejak tiga bulan lalu.

“Baju tersebut adalah koleksi pakaian pengantin yang telah dibuat sejak tiga tahun lalu dan telah dilelong dengan potongan harga sebanyak 90 peratus.

“Sejujurnya, sebagai pereka baju tersebut, saya terkejut dan agak kecewa kerana si pemakainya seseorang yang berhijab.

“Sedikit sebanyak tindakan itu boleh mencalarkan imej dan reputasi jenama Rizaman Ruzaini yang telah bertapak sejak 15 tahun lalu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menurut Rizman lagi, dia telah banyak bekerjasama dengan ramai selebriti berhijab seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan tahu bentuk pakaian yang bersesuaian dengan imej wanita menutup aurat.

“Sejujurnya saya marah juga apabila mendapat tahu dia (Natasha Hudson) yang memakai baju itu kerana dia berhijab.

“Rekaan baju tersebut direka untuk wanita free hair (tidak berhijab) dan pernah digayakan oleh aktres Fasha Sandha,” katanya.

Dalam pada itu, Rizman turut menegur penatarias yang menggayakan Natasha semalam supaya lebih peka dengan imej seorang wanita muslim yang berhijab supaya menjaga sensitiviti masyarakat.

Semalam, tindakan Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 38, apabila menggayakan busana yang seolah-olah menampakkan bahagian bahu ketika majlis pelancaran produk kecantikan Crystal C White heboh diperkatakan.

Bahkan, pakaian yang dipakainya juga mempunyai belahan pada bahagian belakang sehingga menampakkan betisnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI