fbpx

‘Saya cuma nak jadi clean’ – Keith Foo sudah lebih 10 peratus buang tatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEITH Foo sedang membuang tatu pada bahagian badannya.

PETALING JAYA – Pelakon Keith Foo memberitahu tatu di badannya masih berbaki 80 peratus untuk dibuang secara sepenuhnya.

Kata Keith atau sebenarnya, Foo Chuan Chin, dia tetap nekad untuk membuang tatu di bahagian badannya walaupun proses membuang tatu sangat menyakitkan.

“Masih dalam proses untuk buang tatu. Rasa baru buang 10 peratus macam itu. Sakit memang sakit tapi saya hanya ingin jadi clean (bersih).

“Selain itu, oleh sebab sekarang ini saya ingin kembali aktif dalam bidang lakonan, saya tidak mahu produksi rasa susah dengan saya yang banyak tatu untuk menjayakan sesebuah karakter,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online pada majlis pelancaran produk kesihatan, Crystal C White di ibu negara semalam.

Ditanya apa yang boleh digambarkan tentang kesakitan membuang tatu, jawab pelakon yang cukup dikenali menerusi drama rantaian Love You Mr. Arrogant itu: “Rasa sakitnya macam kulit kita terbakar. Mujur ada teknologi laser.

“Saya nak buang tatu bukan kerana dipaksa mana-mana pihak. Ini memang kehendak saya sendiri. Macam saya cakap tadi, saya tak nak menyusahkan produksi.”

Tahun lalu, Keith mendedahkan hasrat untuk membuang tatu di bahagian badannya namun usahanya itu bukanlah bermakna dia ingin memeluk Islam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI