Oleh RAJA JAAFAR ALI
JOHOR BAHRU – Sebuah keluarga di Kampung Sepakat Baru, Skudai di sini mengalami kerugian lebih RM15,000 apabila kediaman mereka ditenggelami banjir dalam kejadian baru-baru ini.
Muhammad Saifudin Abdul Rahman 40, dan isterinya, Roshaslinda Makhtar 34, kejadian yang dialami mereka sekeluarga ibarat mimpi buruk sambutan tahun baru 2021.
Jelasnya, pada kejadian 2 Januari lalu, rumahnya dimasuki air sehingga paras dada merupakan kejadian banjir terburuk kali kedua dialami sejak 2006.
“Habis semua peralatan elektrik musnah, pakaian dan perabot, memang tak sempat nak alih tempat tinggi, air laju masuk.
“Baju, buku dan peralatan sekolah habis tak boleh pakai dah,”katanya ketika ditemui dirumahnya di sini.
Muhammad Saifudin yang bekerja sebagai kontraktor bagaimana pun reda dengan apa yang berlaku kerana bagi mereka semua itu ada hikmahnya.
Ketika kejadian banjir berlaku, dia sedang berehat di rumah bersama isteri dan enam anaknya.
Katanya, dia tiba-tiba terdengar jeritan daripada jiran-jiran mengatakan air dari sungai mula melimpah dengan pantas.
“Saya tak fikir apa dah, terus bawa isteri dan anak naik lori pergi ke kawasan loji rawatan air tak jauh dari rumah, tempat itu tinggi sikit,”katanya.-K! ONLINE