fbpx

Program Rezeki Tani Kada bantu 41 petani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarudin (dua kiri) bersama penerima peralatan yang disumbangkan oleh Kada menerusi Program Rezeki Tani di Pasir Puteh, hari ini.

PASIR PUTEH – Seramai 41 petani di daerah ini menerima peralatan bernilai RM10,000 untuk membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS) menerusi Program Rezeki Tani.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, nilai agihan bernilai RM410,000 diharapkan dapat melahirkan usahawan IKS dan peningkatan industri hiliran di negeri ini.

Menurutnya, Projek Rezeki Tani Kada dilaksanakan sejak 10 tahun lalu membabitkan 13 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan kini berjaya melahirkan seramai 1,800 usahawan.

“Industri hiliran dalam penghasilan makanan ringan berasaskan pertanian sebahagiannya berjaya dipasarkan di pasar raya dan stesen minyak di negeri ini.

“Majoritinya berjaya memanfaat bantuan yang disalurkan selain bimbingan kepakaran dan teknikal pihak Kada,” katanya ketika ditemui pemberita di PPK Cherang Rotan di sini hari ini.

Kamarudin berkata, kejayaan penerima bantuan bukan sahaja mencapai matlamat kerajaan membebaskan petani daripada belenggu kemiskinan malah menjadi contoh kepada petani lain untuk mengubah kehidupan mereka.

“Disiplin dan pengurusan yang terbaik sebenarnya memberi jaminan seseorang yang menerima bantuan kerajaan berjaya dan boleh berdikari,” ujarnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI