fbpx

Pembaikan jalan rosak ambil masa tiga bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk diminta menggunakan laluan alternatif selepas Jalan Chikus-Sungai Manik rosak teruk dan runtuh kelmarin.

IPOH – Laluan di A149 Jalan Chikus-Sungai Manik yang runtuh kelmarin berikutan air deras dari Sungai Batang Padang yang melimpah, akan diperbaiki dan mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Zolkafly Harun berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah pun menutup laluan berkenaan daripada dilalui kenderaan bagi membolehkan pembaikan segera dijalankan.

“Ketika ini terdapat empat laluan alternatif yang boleh digunakan penduduk yang terjejas untuk menghubungkan mereka dengan kawasan lain.

“Antara laluan yang boleh digunakan adalah laluan FT070 Jalan changkat Jong-Kampar, laluan A122 Jalan Sungai Lampam-Kampung Tungku, laluan A016 Jalan Sungai Manik-Labu Kubong dan laluan AA049 Jalan Attaduri,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Semalam, Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad ketika meninjau lokasi berkenaan berkata, sebanyak RM2.2 juta peruntukan diperlukan bagi membaik pulih laluan yang menghubungkan Attaduri ke Chikus yang rosak teruk akibat banjir.

Menurut Saarani, penilaian kerosakkan membabitkan sebahagian struktur laluan yang runtuh itu akan dilakukan jabatan terlibat sebelum sebarang kerja-kerja pembaikan dijalankan.

Katanya, pembaikan struktur laluan itu akan diberi keutamaan kerana ia merupakan laluan utama penduduk setempat.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI