fbpx

Pasangan warga emas obses bela ular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki di Wales menjadikan ratusan haiwan eksotik sebagai binatang peliharaan di rumahnya. – Media Wales

LONDON – Sepasang suami isteri selesa ditemani beratus-ratus ekor binatang peliharaan eksotik di kediaman mereka di Llanelli, selatan Wales.

Geraint Hopkins, 68, dan isterinya Yolande tinggal bersama 120 ekor ular dan 70 labah-labah di samping beberapa ekor landak, tikus botak serta cicak gecko.

Antara spesis eksotik yang dibela pasangan itu termasuk ular sawa Burma, ular sawa albino, ular sawa Macklot, tarantula lutut merah Mexico dan tarantula pemakan burung iaitu labah-labah ketiga terbesar dunia.

Menurut akhbar DailyMail kelmarin, rumah mereka turut dihiasi dengan dekorasi ular dan kerangka haiwan eksotik, malah turut memiliki rakaman bunyi pelbagai jenis binatang.

Hopkins yang turut diberi jolokan ‘Geraint lelaki ular’ dikenali di bandar Llanelli dan sering dilihat memakai topi khas dan kemeja renjer zoo.

“Minat saya pada haiwan eksotik bermula pada tahun 1980-an ketika perkhidmatan ambulans tempatan berusaha mengumpulkan wang bagi membeli mesin defibrilator.

“Rakan saya memiliki ular, jadi saya meminjam seekor ularnya dan menggunakan reptilia itu bagi menarik orang ramai supaya menderma,” ujarnya.

Defibrilator adalah sejenis alat perubatan yang digunakan untuk memulihkan degupan jantung yang terhenti.

Hobi mengumpul haiwan eksotik Hopkins menjadi semakin serius apabila dia berkenalan dengan isterinya yang berkongsi minat sama.

Kini Hopkins kerap dipanggil oleh penduduk setempat dan pihak berkuasa tempatan jika terdapat kes ular tersesat ke dalam rumah mereka.

Meskipun memelihara hampir 200 ekor ular, Hopkins tidak menggalakkan orang ramai membeli binatang itu sebagai haiwan peliharaan.

“Saya sering membuat pertunjukan ular dan memberikan ceramah pendidikan bagi mendorong orang ramai agar tidak membela ular kerana akhirnya, reptilia itu tetap haiwan liar.

“Anda tidak boleh benar-benar mempercayai ular,” katanya.

Hopkins turut mengakui penjagaan haiwan eksotik boleh menjadi sangat rumit serta memakan masa, namun dia dan isteri bahagia dengan kehidupan mereka sekarang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI