fbpx

Orang Asli Bateq terputus hubungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK Orang Asli Bateq Kampung Aring 5 membuat rakit buluh untuk memudahkan mereka menyeberangi sungai.

GUA MUSANG – Kira-kira 1,000 penduduk Orang Asli suku kaum Bateq di Kampung Pasir Linggi dan Kampung Aring 5 di sini terputus hubungan apabila dua jambatan menghubungkan kampung terbabit tenggelam pagi tadi.

Jambatan itu mula dinaiki air kira-kira pukul 7 pagi selepas hujan lebat sejak awal malam tadi sehingga menyebabkan air Sungai Lebir dan Sungai Aring naik dengan cepat.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, paras air sungai itu dijangka terus meningkat kerana hujan belum berhenti sehingga petang ini.

Katanya, bagaimanapun, kejadian air sungai meningkat itu tidak melibatkan kediaman penduduk kampung.

“Setiap kali hujan lebat, jalan ke kampung itu kerap dinaiki air dan keadaan itu menyebabkan penduduk terputus hubungan untuk ke bandar.

“Kita menasihatkan agar penduduk Orang Asli berhati-hati dan memantau keselamatan setiap ahli keluarga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sementara itu, Penghulu Kampung Aring 5, Raina Anjang berkata, sebelum ini, dua kali jalan perkampungan itu dinaiki air banjir pada bulan lepas.

Katanya, penduduk telah bergotong-royong membina rakit buluh untuk memudahkan mereka menyeberangi air banjir untuk ke bandar hari ini.

“Sejak pagi tadi, penduduk Orang Asli mencari buluh untuk membuat rakit bagi kegunaan semasa banjir.

“Jika berlaku kes kecemasan seperti ahli keluarga sakit dan ingin mencari barang keperluan, mereka akan menggunakan rakit buluh,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI