fbpx

Nilai ringgit diramal mengukuh pada paras 3.9303 berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Nilai ringgit dijangka terus mengukuh sehingga ke paras 3.9303 berban­ding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang suku keempat tahun ini.

Ahli Strategi Tukaran Mata wang Asing OCBC, Terence Wu berkata, nilai mata wang tempatan dilihat bakal berlegar sekitar 3.9508 hingga 3.9714 berbanding dolar AS sepanjang suku pertama hingga suku ketiga tahun ini.

Menurut beliau, faktor pe­ngukuhan tersebut disumbangkan oleh isu global semasa yang berkaitan dengan pengukuhan kadar mata wang Yuan.

“Sentimen berisiko terhadap permintaan dolar AS telah memberi kesan negatif kepada mata wang berkenaan. Oleh ke­rana trend global ini berterusan, adalah dijangkakan nilai ringgit berada pada trend mengukuh,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai nilai mata wang ringgit berbanding dolar AS yang me­ngukuh pada paras RM4.004 yang dicatatnya Isnin lalu iaitu pada hari pertama dagangan tahun baru 2021.

Selain itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd. Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid menyifatkan pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar AS telah menjadi petanda yang baik kerana para pelabur di pasaran mata wang asing dilihat bersedia untuk mengambil risiko yang lebih.

Menurutnya, kenaikan nilai ringgit ini juga disumbangkan oleh kenaikan harga minyak mentah Brent yang kini masih lagi berlegar melebihi paras AS$50 dolar (RM201) setong.

“Namun situasi ini dilihat masih lagi tidak menentu di­sebabkan kenaikan kes jangkitan Covid-19 di serata dunia dan beberapa negara juga telah mengamalkan lockdown seperti di United Kingdom bagi mengekang penularan wabak tersebut.

“Situasi virus Covid-19 yang dikatakan telah bermutasi dan varian yang terkini lebih cepat menjangkiti manusia telah me­nimbulkan kebimbangan terhadap proses pembukaan ekonomi,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI