fbpx

Muhyiddin pengerusikan mesyuarat MPT Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Presiden Bersatu tiba di ibu pejabat bagi mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tinggi (MPT).

Beliau tiba di Yayasan Selangor pada pukul 8.25 malam ini diiringi oleh Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Turut hadir Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof, Datuk Saifuddin Abdullah, Zuraida Kamaruddin, Datuk Seri Rina Harun dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Mesyuarat MPT Bersatu malam ini dijangka membincangkan usaha untuk menyelesaikan masalah rakyat berhubung bencana banjir yang melanda di beberapa negeri seperti Pahang dan Johor ketika ini.

Namun, Bersatu berdepan persoalan mengenai hubungannya dengan UMNO yang seolah-olah semakin goyah kebelakangan ini.

UMNO turut mengadakan mesyuarat malam ini menerusi Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang dijangka membuat keputusan mengenai pendirian parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), termasuk kerjasama dengan Bersatu.

Ini selepas 189 daripada 191 bahagian akar umbi UMNO menolak kerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Penolakan itu disusuli dengan peletakan jawatan Pengerusi UMNO Bahagian Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakob selaku pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) selepas menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar segera membubarkan Parlimen.

Ia diikuti dengan pemecatan Tan Sri Annuar Musa selaku setiausaha agung Barisan Nasional (BN) dan digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Maslan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI