fbpx

Mangsa banjir di Perak kekal angka 500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang mangsa banjir mengalihkan peti ais yang rosak ditenggelami banjir di kediamannya di

IPOH – Jumlah bilangan mangsa banjir di Perak hari ini mencatatkan sedikit penurunan iaitu 511 penduduk daripada 149 keluarga yang masih berada di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah berbanding semalam iaitu 543 mangsa.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak berkata, jumlah mangsa paling tinggi dicatatkan di daerah Hilir Perak iaitu 475 mangsa di empat PPS.

“Semua mangsa ditempatkan di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap, Dewan Serbaguna Chikus, Dewan MPTI Teluk Intan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Langkap.

“Di daerah Kampar, seramai 32 mangsa daripada 12 keluarga kekal berada di PPS Dewan Serbaguna Dato’ Azman Mahalan, Kuala Dipang dan Dewan Bandaran Gopeng manakala di daerah Muallim pula hanya empat mangsa daripada dua keluarga yang ditempatkan di PPS SK Kuala Slim,” katanya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI