fbpx

Lelaki Rohingya ditikam angkara sengketa keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KULAI – Seorang lelaki etnik Rohingya ditemui mati dipercayai ditikam ahli keluarganya di sebuah rumah di Taman Tan Yoke Fong di sini semalam.

Mangsa ditemui terbaring di lokasi kejadian pada pukul 9.14 malam itu,

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, polis menerima laporan daripada seorang wanita yang memaklumkan seorang lelaki ditikam.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai menyerbu dua lokasi di daerah ini pada pukul 11 malam.

“Polis dapat menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Myanmar berusia 20 hingga 45 tahun untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beng Yeow memberitahu, siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan salah faham yang berlaku dalam keluarga.

“Polis merampas sebilah pisau panjang yang digunakan dalam kejadian itu. Turut dirampas sepasang pakaian, beg pinggang dan dua telefon bimbit.

“Kesemua suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beng Yeow turut memuji kecekapan pegawai dan anggotanya yang berjaya menyelesaikan kes bunuh itu dalam tempoh tiga jam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI