fbpx

KKM kaji kelonggaran rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji strategi baharu untuk dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan peningkatan kes Covid-19 selepas kelonggaran merentas daerah dan negeri dibuat pada 7 Disember lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya sedang dalam perbincangan dengan MKN untuk mengkaji pendekatan secara lebih bersasar mengikut negeri, daerah dan kluster yang dilaporkan di negeri berkaitan.

“KKM tidak berjaya menurunkan nilai kebolehjangkitan R naught (R0) kepada 0.5 seperti yang diunjurkan sebelum ini, sebaliknya jika dilihat R0 kini masih 1.1 dan dijangka meningkat kepada 1.2 atau lebih.

“Justeru, kita perlu kaji semula strategi yang telah dilaksanakan dari 14 Oktober tahun lalu sehingga hari ini dengan melihat kepada beberapa strategi baharu termasuk mempertingkatkan kawalan sempadan antara negeri berstatus hijau dengan negeri berstatus kuning, jingga dan merah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, terdapat lima kluster berkaitan merentas negeri dikesan setakat ini iaitu Kluster Intan, Semambu dan Kluster Tembok Mempaga di Pahang, Kluster Seragam Chepa di Kelantan serta Kluster Ehsan Ibol di Perak

“Selain itu, sehingga 4 Januari, terdapat sembilan kluster berkaitan aktiviti sosial dan perhimpunan orang ramai,” katanya.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, KKM sedang mempertimbangkan untuk menempatkan kes positif tidak bergejala dan bergejala ringan di pusat kuarantin yang sekarang ini digunakan untuk pengembara yang pulang dari luar negara.

“Pihak kementerian juga sudah berbincang dengan MKN sama ada boleh kerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) supaya individu yang tanpa gejala dan bergejala ringan ditempatkan di pusat kuarantin sedia ada,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI