fbpx

GP Australia belum pasti dianjurkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERLUMBAAN F1 GP Australia musim lalu dibatalkan selepas salah seorang kru pasukan McLaren didapati positif Covid-19. – AFP

LONDON – Perlumbaan pembuka tirai Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) Australia yang berlangsung pada Mac ini belum pasti dianjurkan berikutan kawalan ketat peraturan akibat kemunculan variasi baharu Covid-19 yang dilihat semakin membimbangkan.

Keputusan terakhir status penganjuran GP Australia akan diketahui beberapa minggu lagi meskipun terdapat khabar angin menyatakan saingan tersebut akan ditunda pada satu tarikh yang belum dipastikan.

Difahamkan, GP Bahrain dijang­ka menjadi perlumbaan pembukaan F1 pada 28 Mac nanti selepas pembatalan perlumbaan di Australia.

Kerajaan Australia sebelum ini mengeluarkan kenyataan memperketatkan kawalan kemasukan ke negara mereka dengan mewajibkan kuarantin selama dua minggu sekali gus menjejaskan proses perlumbaan tersebut.

“Pada tahun 2020 kami membuktikan perlumbaan dapat kembali dianjurkan dengan selamat dan tidak mustahil ia akan diadakan semula pada bulan Mac ini nanti.

“Kami telah menetapkan kalendar 2021 dan menantikan kembalinya F1 pada bulan Mac tahun ini. Keputusan rasmi untuk perlumbaan tahun ini dijang­ka diumumkan akhir bulan ini,” kata penganjur F1 dalam satu kenyataan semalam.

Perlumbaan di Australia 2020 ditunda beberapa jam sebelum sesi latihan pertama apabila kru pasukan McLaren positif Covid-19. Pandemik itu menjejaskan keseluruhan musim lalu dan perlumbaan itu dianjurkan tanpa penonton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI