fbpx

Giring positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GIRING

PENYANYI Indonesia yang kini aktif dalam lapangan politik, Giring Ganesha disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin dan rawatan di rumahnya sendiri.

Menerusi Instagram, bekas vokalis kumpulan Nidji itu memberitahu bahawa dia sudah menjalani kuarantin selama 11 hari sejak disahkan positif wabak tersebut.

“Langit cerah terakhir pada tahun 2020 (Khamis). Mendung jadi termenung. Hari yang ke-10 daripada 11 hari saya menjalani kuarantin di rumah akibat dijangkiti Covid-19,” tulisnya ringkas.

Isterinya, Cynthia turut memuat naik semula foto anak-anak mereka yang dikongsikan penyanyi itu dengan luahan kerinduan terhadap suami.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Laskar Pelangi itu bagaimanapun tidak mendedahkan perincian tentang kronologi dirinya dijangkiti Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI