PETALING JAYA – Penceramah popular, Ustaz Ebit Lew bersama-sama Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Al-Sultan Abdullah hari ini menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di negeri Pahang.
Menurutnya, dia berasa sebak dan sayu melihat kesungguhan Tengku Hassanal Ibrahim membantu rakyat negeri tersebut yang terjejas dengan bencana tersebut.
“Setiap hari melawat kawasan banjir. Memberi wang tunai. Sehari lebih kurang RM500,000 tunai diberikan kepada keluarga dan anak-anak di sana.
“Semalam makan bersama Tuanku. Tuanku rasa sedih risau sangat. Sampai tengah malam bincang bersama keadaan orang Pahang. Allahuakbar. Sedih berat ujian,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook hari ini.
Menurut Ebit, Tengku Hassanal Ibrahim akan keluar setiap hari di awal pagi sehingga tengah malam untuk menyampaikan bantuan kepada kira-kira 200 pusat bantuan.
“Subhanallah. Rendah diri sangat dan baik sangat Tuanku. Saya rasa kagum dengan Tuanku. Malu saya rasa dengan layanan Tuanku,” katanya. – K! ONLINE