fbpx

Beras seludup lebih empat tan dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENDERAAN pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang membawa beras seludup ditahan anggota PGA di Kampung Periok, Tumpat malam tadi.

TUMPAT – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 mematahkan cubaan untuk menyeludup pelbagai jenis beras seberat lebih empat tan selepas menahan dua kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero di Kampung Periok di sini malam tadi.

Dalam serbuan pukul 11 malam itu, sepasukan anggota PGA Batalion 9 melihat dua kendaraan tersebut yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Pegawai Pemerintah Medan, Superitendan Azhari Nusi berkata, sejurus menyedari kehadiran anggota PGA, kedua-dua pemandu kenderaan itu terus bertindak memberhentikan kenderaan tersebut secara mengejut.

Menurutnya, suspek kemudian terus melarikan diri ke kawasan semak yang berpaya sebelum mereka gagal dikesan oleh anggota PGA.

“Hasil pemeriksaan di bahagian belakang kenderaan itu telah membawa kepada penemuan guni-guni beras tersebut.

“Pemeriksaan lanjut, kita telah temui beras seberat 2.877 tan, beras pulut (275 kilogram) dan beras nasi dagang (100 kilogram),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azhari memberitahu, nilai keseluruhan rampasan termasuk dua buah kenderaan pacuan empat roda dianggarkan bernilai RM74,433.

Katanya, siasatan awal mendapati semua beras tersebut disyaki diseludup melalui pengkalan haram dari negara jiran untuk dijual di pasaran tempatan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI