PELAKON Amanda Manopo berasa sangat gembira dan bertuah selepas dihadiahkan sebuah beg tangan jenama mewah oleh peminatnya.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagramnya, Amanda telah berkongsi foto sebuah beg tangan Gucci berwarna ungu yang dikirimkan oleh seorang peminat.
“Terima kasih banyak-banyak dari Surabaya. Saya telah diberi beg tangan Gucci. Wow warna ungu. Terima kasih sekali lagi,” ujar pelakon berusia 21 tahun itu.
Berdasarkan carian harga yang dilakukan netizen, beg Gucci daripada koleksi Multicolour Valentine’s Day Exclusive Mini tersebut dianggarkan bernilai Rp16 juta rupiah (RM4,608).
Pelakon yang popular menerusi filem Kajeng Kliwon itu sangat beruntung kerana mempunyai peminat yang selalu menyayangi dan menyokong kariernya.