fbpx

Al-Sultan Abdullah santuni mangsa banjir di PPS Wisma Belia, Kuantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah (kanan) beramah mesra dengan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Wisma Belia, Kuantan pagi tadi. Foto Ihsan Istana Negara.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli meluangkan masa menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Wisma Belia, Kuantan, Pahang pagi tadi.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi Istana Negara, baginda turut berkenan beramah mesra dan mengurniakan sumbangan kepada mangsa banjir bagi meringankan beban yang ditanggung.

Turut berangkat, Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Keberangkatan Al-Sultan Abdullah ini mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi baginda terhadap mangsa banjir dan golongan yang memerlukan bantuan.

Baginda mengajak seluruh rakyat mendoakan agar bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan sehingga mengorbankan nyawa dan harta benda.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI