fbpx

Air Sungai Golok mula naik di kawasan rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIR Sungai Golok mula melimpah masuk ke Kampung Lachang, Rantau Panjang.

RANTAU PANJANG – Beberapa kawasan rendah di Rantau Panjang mula banjir akibat limpahan air Sungai Golok selepas cuaca tidak menentu yang membawa hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Antara kampung yang terlibat ialah Rahmat, Kajang, Lubok Gong, Terusan, Gual To’ Deh, Lanchang dan Bongor.

Menurut laman web ebanjir.kelantan.gov.my, bacaan paras air Sungai Golok setakat pukul 10 pagi tadi sudah melepasi tahap amaran iaitu 9.68 meter.

Sementara itu, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Rahmat sudah dibuka yang menempatkan 16 mangsa daripada tiga keluarga.

Dalam perkembangan lain, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail menasihatkan penduduk supaya segara membuat perisapan awal untuk berpindah.

“Kita tidak menolak kemungkinan paras air akan terus naik jika hujan masih lebat.

“Bukan itu sahaja, kita turut melakukan rondaan berkala setiap tiga jam sekali untuk memantau paras terkini air Sungai Golok,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI