fbpx

194 individu ditahan, dikompaun ingkar SOP PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 194 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kesemuanya telah dikenakan kompaun.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan dilakukan termasuk tidak memakai pelitup muka (84) dan gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (74).

“Juga gagal dilakukan ialah mematuhi arahan penjarakan fizikal (25) dan lain-lain (11),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, menurutnya, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah membuat 40,389 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKP Pemulihan (PKPP).

“Sebanyak 2,861 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 12,511 anggota telah membuat pemantauan di 3,388 pasar raya, 4,227 restoran serta 1,580 penjaja, 1,313 kilang, 3,133 bank dan 559 pejabat kerajaan.

“Juga dipantau, sebanyak 900 terminal pengangkutan darat, 233 terminal pengangkutan air serta 66 terminal pengangkutan udara,” katanya.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, seramai 49 pendatang asing tanpa izin dan dua tekong serta tujuh kenderaan darat dirampas menerusi Ops Benteng semalam.

Katanya, sebanyak 111 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan semalam yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia, PDRM dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di 41 SJR di bawah Ops Penawar.

“Ops Benteng PDRM pula melibatkan 61 SJR manakala Ops Benteng Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) melaksanakan sembilan SJR,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI