PETALING JAYA – Desas-desus berkenaan pemecatan Setiusaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa hari ini hanya dibalas ringkas oleh Menteri Wilayah Persekutuan itu di laman soial Tweeternya sebentar tadi.
“Ramai yang minta komen. Saya tiada apa komen buat masa ini. Tempoh bertenang,” tulisnya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Ketereh itu dikhabarkan telah dipecat oleh BN sebagai setiausaha agung gabungan tersebut.
Menurut satu sumber, beliau juga digugurkan sebagai wakil UMNO dalam sekretariat Muafakat Nasional (MN).
Jelas sumber tersebut lagi, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan akan menggantikan Annuar sebagai Setiausaha Agung BN.
Semalam, Annuar berkata beliau sanggup dipecat dalam memperjuangkan kerjasama antara parti Melayu dan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN). – K! ONLINE