fbpx

TH lantik dua pegawai kanan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan dua lantikan baharu pengurusan kanannya iaitu Ketua Pegawai Risiko dan Pematuhan serta Ketua Pegawai Audit dan Integriti.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd. Hasyudeen Yusof berkata, jawatan Ketua Pegawai Risiko Pematuhan telah disandang Syahril Nizam Abu Hasan berkuat kuasa semalam.

Katanya, jawatan Ketua Pegawai Audit dan Integriti pula disandang Azirruan Arifin sejak 28 Disember lalu.

“Pelantikan kedua-dua pengurusan kanan yang baharu ini telah mengambil kira pengalaman dan kemahiran yang mereka miliki sebelum ini.

“Ia selaras dengan usaha TH untuk mengukuhkan kepimpinan profesional dan menjadikan TH sebuah institusi Islam yang dihormati kerana pencapaian serta tadbir urus yang baik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Syahril Nizam.

Mengulas lanjut, Nik Mohd. Hasyudeen berkata, Syahril Nizam yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang risiko dan pematuhan.

“Sebelum menyertai TH beliau telah berkhidmat selama lapan tahun di Manulife serta memegang beberapa portfolio penting seperti Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Risiko Manulife.

“Beliau juga pernah berkhidmat di Maybank, Bursa Malaysia dan juga RHB Bank Berhad,” ujarnya.

Azirruan.

Sementara itu katanya, Azirruan pula pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perakaunan daripada UiTM dan merupakan ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) serta ahli professional yang diperakui Certified Business Continuity Professional (Disaster Recovery Institute International).

“Beliau merupakan Ketua Pegawai Audit Dalam di Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebelum menyertai TH,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI