fbpx

Ronaldo pula pintas pencapaian Pele

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO mengumpul koleksi 758 gol untuk aksi bersama kelab dan pentas antarabangsa sekali gus memintas pencapaian Pele. -– AFP

TURIN – Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo mencipta sejarah tersendiri apabila memintas ca­tatan legenda Brazil, Pele untuk muncul penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman di pentas kelab dan antarabangsa dengan jumlah 758 jaringan rasmi.

Pele mencipta rekod 757 jaringan rasmi dalam karier gemilang bersama Santos, New York Cosmos dan Brazil dari 1956 hingga 1977.

Kejayaan itu hadir selepas Ronaldo berjaya meledak dua gol membantu Juventus mencatat kemenangan 4-1 ke atas Udinese pada aksi Serie A di Stadium Allianz awal pagi semalam.

Pemenang lima kali Anugerah Ballon d’Or itu berpeluang memahat nama selaku penjaring terulung sepanjang zaman jika berjaya meledak dua gol lagi selepas ini untuk memintas peme­gang rekod 759 jaringan iaitu Josef Bican yang dilakukan dari 1931 hingga 1955.

Sebagai rekod, jumlah ja­ringan Ronaldo terhasil ketika mewakili Portugal di peringkat antarabangsa sejak 2003 selain Sporting Lisbon (2002-2003), Manchester United (2003-2009), Real Madrid (2009-2018) dan kini bersama Juventus.

Ketua jurulatih Juventus, Andrea Pirlo berbangga menyaksikan kejayaan bersejarah penyerang prolifiknya itu tetapi dalam masa sama kurang gembira dengan keseluruhan prestasi anak-anak buahnya meskipun menang ke atas Udinese awal pagi semalam.

“Ini bukanlah salah satu persembahan terbaik Juventus tetapi sekurang-kurangnya kemenangan ini meningkatkan keyakinan kami untuk menghadapi perlawanan-perlawanan seterusnya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI