fbpx

Pendakwaan mohon Najib diberi amaran keras selepas ‘serang saksi’ dlm FB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib ketika hadir di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini memohon agar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikenakan tindakan tegas kerana `menyerang’ saksi.

Ini kerana Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi di sini bahawa Najib telah memuat naik hantaran di akaun Facebook (FB) pada 29 Disember lalu berkaitan salah seorang saksi pendakwaan iaitu Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang juga bekas Gabenor Bank Negara.

Hantaran bertarikh 29 Disember 2020 telah mengaitkan Zeti dan ahli keluarganya menerima wang sejumlah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

“Tertuduh telah memuat naik hantaran di Facebook miliknya menyerang saksi pendakwaan seolah-olah sedang membuat pembelaan. Perbicaraan telah bermula di mahkamah undang-undang dan bukannya dibicarakan di media sosial.

“Saya tidak mahu membuat sebarang permohonan agar jaminannya ditarik atau membuat permohonan menghina mahkamah tetapi saya sangat berbesar hati sekiranya mahkamah mengenakan satu amaran tegas terhadap tertuduh. Kami perlukan jaminan bahawa saksi-saksi kami tidak akan diserang lagi,” kata Sri Ram.

Namun pada 31 Disember lalu, Zeti dalam satu kenyataan menafikan beliau atau mana-mana ahli keluarganya menerima wang daripada Jho Low atau dari 1MDB.

Sementara itu, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan pihaknya hanya mengetahui mengenai perkara tersebut pagi ini dan memerlukan masa untuk berhujah mengenai aduan pendakwaan itu.

Bagaimanapun katanya, adalah tidak adil anak guamnya dihalang untuk membuat sebarang kenyataan sedangkan Najib sering dijadikan bahan oleh pihak lain.

“Kami pernah meminta perintah sekatan (gag order) bagi menghalang mana-mana pihak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kes yang dihadapi anak guam saya tetapi tidak dibenarkan,” kata peguam itu.

Hakim Collin Lawrence Sequerah kemudian mengarahkan pihak-pihak membuat hujahan lanjut mengenai perkara itu Khamis ini.

Perbicaraan bersambung lagi esok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI