fbpx

Pemuda maut jatuh dari tingkat 13

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk di sebuah kondominium di PJS 1, Petaling Jaya dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat sebelum menemui seorang lelaki terbaring tidak sedarkan diri petang tadi. -Foto NOR AZIHAN MD. GHAZALI

PETALING JAYA – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat 13 sebuah kondominium di PJS 1, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang dan disedari oleh orang awam yang terdengar bunyi dentuman kuat sebelum menghubungi pihak polis.

“Anggota polis yang tiba di lokasi kejadian telah menemui jasad seorang lelaki dalam keadaan terbaring berhampiran kawasan parkir kondominium tersebut dan pemeriksaan dilakukan mendapati lelaki berkenaan telah jatuh dari tempat tinggi.

“Mayat lelaki berusia 20-an tersebut telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat namun harus menunggu keputusan saringan Covid-19 terlebih dahulu sebelum ia dapat dilakukan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurut Nik Ezanee, pihaknya dimaklumkan tentang penemuan sekeping nota yang dipercayai ditinggalkan oleh lelaki tersebut namun siasatan lanjut berhubung isi kandungan nota itu masih dijalankan.

“Iya, pihak polis ada menemui nota yang ditinggalkan oleh si mati di rumahnya namun itu semua masih dalam siasatan dan pihak polis akan memanggil keluarga si mati dalam masa terdekat untuk merakamkan percakapan mereka,” katanya.

Sementara itu, saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Aslam, 37, berkata, dia terdengar bunyi dentuman kuat ketika sedang menyusun barang di sebuah kedai runcit di kondominium berkenaan kira-kira pukul 4 petang.

“Saya terus bergegas keluar dari kedai. Pada mulanya saya sangka ada benda jatuh rupanya ada seorang lelaki terbaring berhadapan kedai dobi dalam keadaan tidak bergerak.

“Saya jadi takut dan kembali semula ke kedai sebelum memaklumkan perkara itu kepada rakan sekerja. Pihak pengurusan yang dapat tahu kejadian itu telah menghubungi polis,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian.

Jelasnya, kejadian itu pertama kali berlaku di kondominium tersebut sejak tinggal di situ lapan tahun lalu.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI