fbpx

Pembayaran i-Sinar dikreditkan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Sebahagian pemohon skim i-Sinar mampu tersenyum lebar apabila menerima bayaran pertama yang dikreditkan ke akaun bank masing-masing secara berperingkat bermula hari ini.

Bayaran melalui akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu dibuat selepas pemohon menerima keputusan permohonan mereka yang boleh disemak semalam menerusi pautan https://isinar.kwsp.gov.my/.

Sementara itu, rata-rata pengguna laman media sosial berkongsikan kegembiraan mereka semalam selepas mengetahui status permohonan mereka diluluskan KWSP.

Bagi @puterirajaawan, dia melahirkan rasa syukur selepas permohonannya diluluskan dan meminta orang ramai untuk memeriksa status mereka.

“Alhamdulilah, guys you can now check your i-Sinar application already (kamu semua sudah boleh semak permohonan i-Sinar),” ciapnya.

KWSP sebelum ini menjelaskan pembayaran pertama i-Sinar bagi kategori satu akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.

Bagi kategori dua pula, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI