fbpx

Pakai baju tayang bahu, betis – Natasha kena kecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NATASHA HUDSON

PETALING JAYA – Tampil menggayakan busana yang seolah-olah menampakkan bahagian bahunya (off shoulder) dalam sebuah acara, pelakon Natasha Hudson enggan melayan komen-komen yang akan ditinggalkan netizen. 

Kata Natasha atau nama sebenarnya, Natasha Liana Hudson, 38, netizen perlu bersikap matang dalam memberikan pendapat dalam media sosial. 

“Saya harus katakan, orang tidak akan pernah berhenti bercakap tentang kita terutama kita yang berkerja dalam bidang seni.

“Saya hanya mengikut apa yang penganjur cadangkan pakai namun saya tidak tergamak untuk pakai baju yang terdedah menampakkan bahu. Bahagian yang terdedah itu berlapik kain,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi. 

Natasha ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan, Crystal C White yang menyaksikan dirinya dan Keith Foo sebagai wajah dan ikon produk tersebut. 

NATASHA kini dilantik sebagai duta produk kecantikan Crystal C White.

Kata Natasha lagi, dia tahu batas-batas sebagai seorang muslimah dan okey sahaja andai dikritik netizen. 

“Ada pasukan untuk busana yang saya gayakan hari ini. Ada tatarias dan mereka tahu apa yang dilakukan.

“Ini bukan majlis pelancaran kedai mamak, ini pelancaran produk kecantikan tetapi orang boleh cakap sahaja apa yang mereka mahu,” ujarnya.

Terdahulu, dalam satu acara yang diadakan di ibu negara hari ini, Natasha menggayakan busana berona putih yang seperti menampakkan bahagian bahunya walaupun berhijab.

Momen-momen tersebut turut dikongsikan Natasha menerusi InstaStorynya. Selain bahagian mahu yang kelihatan seperti terdedah Natasha yang pernah tampil dengan imej bepurdah satu ketika dahulu itu juga mengundang kecaman apabila gaun yang dipakai juga turut terbelah sehinggga menampakkan betis pada bahagian belakang.

Kemunculan semula wanita berstatus ibu tunggal itu sememangnya ditunggu ramai apatah lagi turun naik kehidupan peribadinya yang  sentiasa penuh dengan kejutan.

Natasha sebelum ini pernah berkahwin sebanyak empat kali. Perkahwinan pertama bertahan selama empat bulan, diikuti perkahwinan kedua dengan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari juga tidak bertahan lama. 

Dia kemudian berkahwin dengan penyanyi hip hop Khalid Kamal atau Carleed Khaza yang juga bekas penyanyi kumpulan Phlowtron pada 15 April 2012. 

Hasil daripada perkahwinan kedua dan ketiganya, Natasha dikurniakan tiga anak iaitu Nessa Helena, Naeema Khaleela dan Faatimah namun mereka bercerai pada 2018.

Pada Oktober dua tahun lalu (2019), bintang filem filem Chermin itu mengejutkan ramai apabila mengesahkan perkahwinan kali keempatnya yang didirikan bersama ahli perniagaan, Noor Nashriq Sekanor pada  7 Disember 2018 juga berakhir dengan perceraian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI