fbpx

Mangsa banjir diharap terus ikut SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI Zailah (dua dari kiri) bertemu mangsa banjir di PPS Dewan Majlis Daerah Bertam Baru, Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG – Penduduk yang terjejas banjir diminta supaya tidak mengambil mudah dan bersikap sambil lewa arahan kerajaan supaya sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan terutamanya di tempat pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mengelak penularan wabak Covid-19.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, pematuhan SOP perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kesulitan timbul ketika di PPS.

Katanya, mangsa banjir terlibat perlu mengikut setiap arahan dan panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari masa ke semasa selain perlu mengamalkan norma baharu semasa berada di PPS.

“Saya menyeru kepada masyarakat kita supaya jaga keselamatan diri dan keluarga dengan sentiasa ikut arahan yang telah diarahkan pihak berkuasa.

“Sekiranya perlu, segera berpindah dan jangan tangguh. Apabila berada di PPS sentiasa menjaga SOP,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat PPS di Dewan Majlis Daerah Kampung Bertam Baru di sini hari ini.

Setakat ini, tiga PPS masih dibuka di Gua Musang dengan bilangan 17 keluarga membabitkan 78 mangsa banjir.

Mengulas lanjut, menurut Siti Zailah, PPS yang disediakan itu cukup lengkap dengan kemudahan dan selesa untuk kegunaan mangsa banjir sekiranya perlu tinggal lebih lama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI