IPOH – Bilangan mangsa banjir di empat daerah di Perak kini meningkat kepada 1,237 orang daripada 287 keluarga yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 1,010 mangsa semalam.
Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, daerah Hilir Perak mencatatkan jumlah mangsa banjir paling tinggi apabila 557 penduduk ditempatkan di lima PPS.
“Di daerah Muallim, seramai 554 mangsa banjir ditempatkan di empat PPS manakala 75 orang kini berada di tiga PPS di Kampar.
“Satu PPS masih dibuka di Sungai Siput dengan 51 mangsa masih terkesan akibat banjir,” katanya. – K! ONLINE