fbpx

Mangsa banjir berkurangan di Perak, hanya 543 masih di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota JPAM membantu membersihkan rumah penduduk warga emas di Taman Slim Permai, Muallim hari ini selepas banjir mulai surut.

IPOH – Jumlah mangsa banjir di Perak mencatatkan penurunan apabila hanya 543 penduduk ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara setakat pukul 4 petang berbanding 1,237 orang pada 8 pagi tadi.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, penurunan angka tersebut disebabkan banjir mulai pulih dan mangsa mula pulang ke rumah masing-masing.

“Di daerah Hilir Perak, seramai 230 mangsa melibatkan 62 keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) diikuti PPS Dewan Serbaguna Chikus yang melibatkan 123 mangsa.

“PPS Dewan MPTI Langkap pula masid menempatkan 103 mangsa manakala seramai 50 penduduk masih kekal di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Langkap,” katanya.

Katanya, di daerah Muallim pula, seramai empat mangsa masih berada di PPS SK Kuala Slim manakala dua PPS di Kampar masih menempatkan 33 penduduk setempat yang terjejas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI