fbpx

Laluan KM113 Lanchang ditutup kedua-dua hala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laluan di KM113 Lanchang, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) ditutup kedua-dua hala kepada lalu lintas.

PETALING JAYA – Laluan di KM113 Lanchang, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) ditutup kedua-dua hala kepada lalu lintas susulan kenaikan air sejak pukul 9.00 malam tadi.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, pengguna dinasihati untuk menangguhkan perjalanan serta dinasihati untuk mematuhi arahan petugas di lokasi.

“Maklumat laluan alternatif boleh dirujuk ke Bilik Gerakan Bencana JKR Pahang di talian 09-571 7157.

“Ikuti laman rasmi media sosial ANIH Berhad di Twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi LPT-Line di 09 5479111 atau 1-700-818-700 untuk maklumat sahih dan terkini,” jelas kenyataan tersebut sebentar tadi.

Dalam pada itu, laluan di KM 84.6 – KM84.7 (Lanchang), LPT1 di kedua-dua hala masih ditutup sepenuhnya sejak pukul 11.30 malam 3 Januari 2021.

“Bagaimanapun, limpahan air telah berkurangan,” tambah kenyataan itu lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI