fbpx

Insiden tembak PGA: Dua lelaki Thailand dituduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dah Wae (kiri) dan Mahyee dituduh di bawah Akta Imigresen di Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini.

KANGAR – Dua lelaki Thailand yang ditahan susulan insiden tembakan sehingga mengorbankan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar dekat sini pada November tahun lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Kedua-dua tertuduh iaitu Dah Wae Hatama, 36, dan Mahyee Ma-Ae, 34, dituduh di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai sebarang pas sah mengikut peruntukan undang-undang untuk masuk ke negara ini.

Dah Wae yang merupakan seorang petani dijatuhi hukuman penjara dua tahun dari tarikh tangkap pada 24 November tahun lalu dan dikenakan tiga kali sebatan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Pertuduhan terhadapnya yang diwakili peguam, Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim dibacakan jurubahasa dalam bahasa Thai di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Bagaimanapun, rakan senegaranya, Mahyee mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut dan minta dibicarakan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI