fbpx

Eldstal pilih berkelana ke negara jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASRAT Eldstal yang dilaporkan bakal kembali beraksi pada Liga M tidak kesampaian selepas pemain tersebut memilih untuk menyertai kelab Thailand, Chonburi FC musim ini.

BEKAS bintang skuad Harimau Malaya, Junior Eldstal membuat pusingan U apabila mengesahkan untuk tidak kembali beraksi dalam kancah Liga Malaysia (Liga M), sebaliknya menandatangani kontrak bersama kelab Thailand, Chonburi FC musim ini.

Sebagai rekod, Eldstal yang kini berada di Thailand sejak bulan lalu akhirnya melepasi fasa kua­rantin selama dua minggu sebelum diperkenalkan secara rasmi kelab yang terkenal dengan gela­ran The Shark itu semalam.

Kata Eldstal, dia cukup teruja untuk menyertai pasukan Chonburi yang dianggap sebagai salah satu pasukan gergasi bola sepak dalam kancah Liga Thailand.

“Apabila diberikan tawaran oleh kelab ini, saya anggap ia se­suatu yang sukar ditolak kerana status pasukan Chonburi yang sangat berpengaruh dalam kancah liga utama Thailand.

“Perbincangan mengenai kontrak ini cukup mudah dan saya berjanji akan memberikan yang terbaik bersama pasukan itu bagi mengharungi saingan musim ini.

“Malah, pengalaman saya ber­aksi dalam saingan Liga M bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) selain kejohanan Asia akan dicurahkan sepenuhnya buat pemain-pemain muda pasukan kami,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Eldstal yang berusia 30 tahun sebelum ini pernah beraksi dalam saingan Liga M bersama pasukan Sarawak pada 2013 sebelum menyertai skuad Harimau Selatan bermula 2015 hingga 2018.

Difahamkan, Eldstal yang kali terakhir beraksi bersama pasukan semi-pro di England, Metropolitan Police FC telah berbincang dengan skuad Kuala Lumpur tetapi gagal mencapai kata sepakat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI