fbpx

Ebit Lew hulur bantuan mangsa banjir di Kuala Lipis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew ketika membantu mangsa banjir di Kuala Lipis, Pahang.

PETALING JAYA – Penceramah selebriti terkenal, Ebit Lew menyalurkan bantuan kepada semua mangsa banjir di tiga Pusat Perpindahan Sementara (PPS) sekitar daerah Kuala Lipis, Pahang, semalam.

Melalui hantaran di laman Facebook miliknya hari ini, ternyata Ebit meluahkan rasa sayu dan sedih melihat mangsa-mangsa banjir di Pahang dan bersyukur kerana Allah mempermudahkan perjalanan pasukannya.

“Ya Allah sayunya hati. Dah dua hari di Kuala Lipis bersama 10 biji 4×4 dan bot kami dari Kuala Lumpur. Sampai sini banyak jalan putus. Setiap kali sampai ada lori atau motor dah 24 jam tunggu sebab nak undur tak boleh ke depan tak boleh. Syukur Allah permudahkan perjalanan kami.

“Kami bawa 1,000 T-shirt. 1,000 telekung. Makanan dan setiap mangsa banjir saya beri sedikit duit belanja tunai. Paling sayu tengok sekolah, balai polis, surau, kuil, kereta, motor, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan rumah-rumah. Bila tengok semua tenggelam ada yang tinggal bumbung,” ujarnya.

Tambah Ebit lagi, kali ini ujian berat terpaksa ditanggung oleh rakyat di Pahang, jelasnya ada juga kawasan yang tidak pernah banjir berpuluh tahun namun kali ini banjir teruk.

“Tadi sempat juga lihat mangsa banjir ibu dan anak yang hilang. Tadi ibunya yang terkorban telah ditemui. Semoga Allah hadiahkan keampunan dan syurga Firdaus buatnya.

“Polis,Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Bomba, Tentera semua bersama-sama menyelamatkan dan membantu mangsa banjir.

“Sedih tengok ada nenek tua dah terbaring sakit tua. Baring sahaja dah tak nampak. Tiada sesiapa dah dalam hidupnya. Orang kampung khidmat untuk nenek tadi. Syukur semuanya dari Allah. Ya Allah selamatkanlah Negeri Pahang,Johor, dan semua negeri yang banjir,” tulisnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI